Lawatan Kerja Kementerian Kesihatan Malaysia ke Teluk Panglima Garang

Lawatan Ketua Pengarah Kesihatan ke Loji Pelupusan Sisa Klinikal dan Loji Pembasuhan di Teluk Panglima Garang, Selangor.

Pada 14hb Disember 2024, Radicare dengan sukacitanya telah menerima kunjungan daripada YBhg. Datuk Dr. Muhammad Radzi Abu Hassan. Lawatan kerja ini bertujuan untuk melihat dengan lebih dekat penggunaan teknologi Pyrolysis yang dapat menukar plastik kepada sumber tenaga (Plastic-To-Fuel). Selain daripada itu, turut diadakan sesi perbincangan mengenai penggunaan teknologi Microwave untuk pelupusan sisa klinikal.

Lawatan kerja yang diketuai oleh YBhg. Datuk Dr. Muhammad Radzi, Ketua Pengarah Kesihatan turut diiringi oleh Ts. Huszian bin Husin, Pengarah Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan (BPK), En. Mohd Azizi bin Ibrahim, Timbalan Pengarah BPK dan beberapa pegawai yang lain.

Wakil syarikat konsesi dari UEM Edgenta Sdn Bhd, Medivest Sdn Bhd, Sedafiat Sdn Bhd dan juga One Medicare Sdn Bhd turut hadir bagi menyertai lawatan kerja dan perbincangan tersebut.

Scroll to Top